Malam tadi aku pergi menonton wayang larut malam (skema giler ayat) cerita 2012 bersama 3 orang rakan aku termasuk seorang dari Brunei di pawagam Times Square.GSC Times Square memang tempat kegemaran aku sebab dekat dengan parking kereta.Baru malam tadi aku dapat 'release' tension aku lepas seminggu aku sibuk menguruskan hal pengebumian..dan lain2 urusan seperti tahlil untuk arwah bapa aku.
Aku baru kenal member aku yang lagi dua tu..memang kepala diorang best terutama yang dari Brunei tu.Aku yang banyak bercakap ni pun jadi diam bila duduk dengan mereka.Berbalik pada filem 2012 tadi..walaupun dah tengah malam..tapi tempat duduk untuk filem 2012 tetap penuh.Mungkin sebab dah seminggu aku tertekan..bila dapat berhibur sekejap..aku jadi bising dalam panggung wayang.
Filem 2012 bagi aku memang best..sebab dari pertengahan cerita sampai habis aku tak senang duduk.Aku suka tengok bangunan runtuh..rumah terbakar..ngan tsunami semua.Bukan apa..sekurang2nya kita beringat sikit walaupun filem 2012 ni tak menggambarkan hari kiamat sebenar yang lebih dahsyat.
Paling best aku dapat duduk di belakang 2 orang awek sabah yang cun dan hot.Patutlah bila aku cakap loghat borneo dengan kawan aku diorang terpandang tersenyum jer.Huhu tapi tak boleh lebih..sebab awek tu dah ada BF..gaya macam mat rempit ajer.Nang paloi gilak..menyampah aku..Hahaha.Lagipun aku tak sestylo diorang..sebab aku kalau ke Times Square Bukit Bintang memang pakai t-shirt..seluar pendek dan selipar jepun sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment