Semalam aku baca dalam ruangan hiburan Mingguan Utusan (aku jarang baca ruangan hiburan..sekadar belek) dan tertarik dengan komen Sam Bunkface mengenai sikapnya yang suka melarikan diri dan mengelak dari bercerita mengenai kisah peribadi.Antara komen sam ;
"Saya lebih suka bercerita tentang karier. Sasaran Bunkface yang perjuangkan muzik agar dikenali. Saya tahu tahap kesusahan hendak menawan hati peminat muzik pop punk ini. Sebab saya daripada underground. Peminat kedua-dua aliran ini berbeza. Mereka punya cita rasa sendiri dan tidak kisah kepada cerita di sebalik pemilik suara. Apa yang mereka mahukan ada kepuasan maksimum dalam menyampaikan setiap lagu."
Kenyataan yang bagus dari Sam Bunkface..jangan dilayankan sangat dengan perangai wartawan yang menjadikan hidup sensasi orang lain sebagai bahan cerita.
Sebenarnya aku bukan sahaja tidak berminat mengetahui kisah hidup artis..malah untuk membelek majalah hiburan seperti URTV dan Mangga pun aku dah geli geleman.Aku lebih suka majalah hiburan tanpa gossip keterlaluan seperti Hype dan Utopia yang lebih urban.Bagi aku mereka yang suka mendengar cerita gossip dan bercerita mengenai kehidupan artis adalah mereka yang mempunyai pemikiran melayu tipikal/tradisional ataupun lebih sadis lagi.. kekampungan.
Lebih membuatkan aku nak muntah kalau ada anak muda yang menggunting gambar artis hiburan untuk dilekatkan dalam buku sebagai jurnal ataupun buku skrap.Mentaliti seharusnya diubah kalau tak Melayu akan terus menokok tambah cerita untuk mewujudkan sebuah cerita dongeng hasil imaginasi kreatif terlampau.
Benci aku bila baca statement seperti 'kerabat nafi ada cinta dengan Fasha sundal'..'kami hanya kawan tidak lebih'..'Shamsul Usop putus dengan bla bla'..dan lain2.
Get a life lah..
Sunday, November 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment