Semalam aku bertolak dari KL ke Rembau Negeri Sembilan untuk menguruskan hal tanah arwah bapa aku.Aku pergi dengan diiringi oleh 3 pengikut..ehh silap 3 orang rakan aku kesana.Tanah tu dibeli arwah bapa aku dengan tujuan untuk terlibat dalam industri perladangan kecil.Sekarang dia tak ada aku la yang kena uruskan dengan MARA dan kontrak semua.
Tapi bukan tu aku nak cerita..
Semasa ke tanah tu..aku ternampak satu motor kapcai yang dah lama tak digunakan.Jadi timbul idea gila untuk bawa motor tu balik ke KL dengan prestasi motor tersebut yang agak terbatas.Selain tu..dulu arwah bapa selalu bawa aku naik motor kapcai masa aku kecik..siap berhujan panas sebelum kehidupan kami agak senang sedikit.
Kebetulan ada 2 helmet apollo yang 'konfem' sudah patut dilupuskan.Jadi aku suruh 2 rakan aku bawa kereta aku..aku dan seorang lagi bawa motor tu ke KL.Aku betul2 rasa teruja dapat bawa motor kapcai ikut jalan kampung..siap tak pakai helmet lagi.Bukan apa..kalau pakai helmet apollo yang dah berkurun tu..pasti bergegar2 kepala aku sebab helmet tu bergoncang ditiup angin.
Aku rasa macam orang kampung yang stailo..dah la bawak kapcai..siap ada kereta satria neo eskot lagi kat belakang.Kami siap singgah pekan Rembau..minum cendol..kacau awek rembau dan kemudian terus ke KL.Samapi KL aku rasa pinggang aku dah 'patah'..kepala jadi pening..bontot sakit sebab lama duduk atas motor.
Sepanjang perjalanan selama 3 jam..aku banyak gelak2 atas motor sebab banyak orang kampung pandang kami.Mana tidaknya..pakai smart gila..ala2 nak masuk club malam Masion ..tp bawak kapcai pakai helmet steng.Haha.
Dalam gelak2 kadang menitis juga air mata aku sebab rindukan arwah bapa.. :)
P/s ; Next week ke Kuching.Kapcai..? Tak boleh kot..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment