Sebenarnya aku dah lama nak menulis pasal perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.Tetapi 2 hari selepas perlawanan tu ayah aku pergi mengadap ilahi..jadi aku tangguhkan sekejap penulisan dalam tempoh tu.
Pada 7 November 2009 lepas..aku antara puluhan ribu penyokong yang hadir ke stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan pilihan kami.Malam itu pula aku hadir bagi memberi sokongan pada pasukan Negeri Sembilan kerana aku memang ada darah Nogoghi walaupun aku anak kelahiran KL.
Tiba didalam stadium aku lihat tempat duduk penyokong Kelantan lebih dari separuh tempat duduk di Bukit Jalil.Aku pun pelik bagaimana hal tu boleh terjadi sedangkan di tempat penyokong negeri sembilan kami terpaksa berasak2 mencari tempat duduk sehingga terpaksa duduk di tangga.Bagaimanapun aku lebih kagum dengan semangat penyokong Kelantan dalam memberi sokongan berbanding Negeri Sembilan.
Malam tu merupakan kenangan manis buat aku sebab selain menyaksikan kemenangan 3-1 Negeri Sembilan ke atas Kelantan..aku juga dapat melihat drama dari tempat duduk penyokong Kelantan secara 'live'.Aku hanya tertawa bersama penyokong lain melihatkan perasaan kecewa mereka diselang selikan dengan peristiwa tak masuk akal.Aku faham..mereka datang dari jauh tetapi keputusan yang diharapkan tak memihak pada mereka.
Buat penyokong Negeri Sembilan..kalian seharusnya mencontohi semangat penyokong Kelantan walaupun datang dari jauh mereka tetap hadir memberikan sokongan.Berbanding dengan kalian yng hanya perlukan 1 jam sahaja ke KL..itupun tidak penuh dan masih kurang.Tapi ikut yang positif sahaja dah la..tak perlu bila kalah nak emosi terlebih macam orang hulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment