Sunday, December 27, 2009

Punk In Love

Semalam aku menonton sebuah filem dari Indonesia bertajuk 'Punk In Love'.Teringat aku pada sebuah karya tempatan yang dibikin tidak lama dahulu iaitu 'Dari Jemapoh Ke Manchester' dan ada sebuah lagi karya tempatan yang tidak berapa aku ingat namanya..juga bertemakan ideologi muzik dan sikap memberontak anak muda.

Tapi filem 'Punk In Love' walaupun filemnya dilatari oleh sekumpulan anak muda dalam scenes muzik punk tapi kurang memperkatakan tentang ideologi Punk dan muziknya.Sebaliknya hanya kisah cinta dan pengembaraan sekumpulan anak muda dari kampung ke kota Jakarta untuk mengejar cinta sahabat mereka Arok pada Maia (nama watak dalam filem ini).

Mungkin fesyen Punk dalam filem ini sekadar penarik penonton ke pawagam kerana hampir tidak memfokuskan pada sikap dan ideologi anak muda dalam scenes Punk.Tidak seperti filem dari Hollywood seperti Suburbia..Jurassic Punk..American History X dan sebagainya.Namun Punk In Love tetap sebuah karya yang baik terutamanya dalam menonjolkan semangat setiakawan.Malah dalam satu situasi mereka terpaksa menyanyi lagu dangdut untuk mencari sedikit wang.

Rasanya belum ada pengarah Malaysia yang berani untuk mengangkat tema anak muda ke layar besar..kalau adapun kisah anak muda yang kaya raya..budak kolej..esklusif dan sebagainya.Dan yang bawa watak anak muda pun pelakon tua yang terkinja berlagak macam anak muda.

Trailer 'Punk In Love'


Thursday, December 24, 2009

Hobi Cari Hantu.Aktivit Paranormal..?

Tahun 2005 adalah tahun dimana aku pertama kali menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi.Hobi aku semasa di IPT adalah bermain skateboard sebab aku kaki bangku tak tau main bola.Kalau aku main bola atau futsal pun mesti memalukan gila.

Selain tu waktu tersebut di TV banyak program Paranormal Skuad seperti Entiti dan antara individu terkenal waktu tu adalah Uncle Seekers.Selain tu pengaruh geng cari hantu atau nama stailonya Paranormal Skuad di Indonesia pun mendapat sambutan.Semua kawan2 aku sibuk buat geng memandu malam2 menjejak aktiviti cari hantu.Waktu tu aku pun rajin ikut sebab nak tengok hantu live.

Biasanya port aku dan rakan2 adalah di Bukit Tunku atau kubur Cina.Memang excited nak tengok hantu secara live.Biasanya kalau orang kata aktiviti tu tidak berfaedah..kami akan bagi jawapan penuh ilmiah pada orang yang bangkang tu seperti 'alah tak salah pun kita cari hantu..sekurangnya kitorang dapat bukti bahawa alam ghaib tu wujud dan boleh menambahkna keimanan' (kononnya).Maka ramailah yang pakai t-shirt gelap bawa lampu suluh.

Tapi tu dulu..zaman aku tak matang.Tapi sekarang WTF..??! Bagi aku aktiviti tersebut adalah sia2 dan mengarut.Kenapa tak gunakan sahaja waktu malam untuk mencari hantu tu dengan mencari keredhaan tuhan..? Perlu ke nak nampak hantu baru nak mempercayai kewujudan alam ghaib..? Nampaknya orang sekarang lebih suka mencari setan dari benda baik.Mereka tu hanya sekumpulan manusia yang suka tunjuk berani dan mencari perhatian orang lain.Waktu itu la kita akan lihat ramai 'geek' dan 'nerd' yang tunjuk berani in front of the others.Diharapkan ada orang menyanjungi mereka selepas itu la kan..?

Ghost searcher is just another puppet for those stupid young generation.Tersekat minda bangsa Melayu selagi kita masih suka dibuai alam2 khayalan dan kisah2 dongengan.Alam ghaib harus dipercayai tanpa sebarang rasa ragu2..tidak perlu melihat baru nak percaya.

Pernah rasa hidup dengan makhluk halus mcm aku..? such a burden experiences..then stop such a nonsense/nerdy activities.

Mengaji ilmu agama lagi bagus.Hati pun tenang..jiwa tak kacau.

U can't expext that u'll see a vampire as cute as Robert Pattinson AKA Edward Cullen.
Believe me..they're ugly as hell..!


Wednesday, December 23, 2009

Cheerleader

Girls in cheerleader r hot n cool (20% of the times..80% not)


But..they ain't.Shemale otw..

Piratesmalaysiacheerleadingsquad.blogspot.com


Yu Dum Fok

Semalam aku menonton dvd movie bertajuk Van Wilder : Freshman Year.

Seperti biasa..teen movie dari hollywood tidak pernah dan jarang mengecewakan aku.Malah banyak menceria dan memberi inspirasi pada aku.Tidak seperti teen movie dari Malaysia yang entah apa2 seperti....apa ha..? sembilu 2005 kot.Dari American Pie sampai yang ada skang..best.

Yang best pasal filem ni ialah ada satu watak student dari China tu..nama dia ialah 'Yu Dum Fok'.Sumpah kelakar dan lucah nama dia..Haha.

Yu Dum Fok di kiri sekali.

Dan watak Corporal Kaitlin Hays dalam filem ini sangat hot dan cool..

Mengingatkan aku pada watak kapten Trudy Chacon yang sungguh cool yang dibawakan oleh Michelle Rodriguez dalam filem Avatar.


Monday, December 21, 2009

Bella Swan

Aku sangat suka dengan watak Kristen Stewart sebagai Bella Swan dalam Twillight yang dark.Tapi untuk mempunyai gf/teman hidup seperti Bella Swan itu di alam realiti aku tak mahu kerana aku tak suka gf aku sentiasa dalam keadaan depressed dan dark.Aku mahu gf yang ceria dan bukan kelihatan menakutkan.

(Anaz : Do whatever u want hun..im ur dirty slaves)

Kadang2 wataknya yang dark mengingatkan aku pada anak patung Chucky yang aku sentiasa mahukan diwaktu kecil namun tidak dijual di Toy's r Us.Anyone should giv me on my birthday and i'll love you till death.Aku suka anak patung yang kejam..suka mencarut dan tidak berperikemanusiaan.It's kinda cute..Hahaha..!

Cerita New Moon sangat best tapi watak vampirenya kelihatan agak gay.

kuikuikui..

Filem Krismas Filem Raya

Malam tadi aku menonton dvd 'Four Christmases' yang dibeli di uptown Damansara.Sejak dari kecik aku memang suka menonton filem2 bertemakan hari krismas seperti Home Alone.Kadang2 hari raya pun aku boleh bantai layan cerita krismas.Bila makcik2 aku nangis sebab sedih dengan cerita Melayu yang sedih..aku bergelak ketawa dengan filem krismas.

Terimalah dengan hati yang terbuka..sebab bagi aku filem bertemakan hari krismas lebih meriah berbanding drama hari raya yang sedih dengan lagu yang biasanya berlatarbelakangkan lagu Arwah Dato' Sudirman Hj Arshad..walaupun dalam Islam kita dituntut untuk bergembira pada hari raya.

Bila ditanya..pengarah2 drama sedih ni kata dengan air mata kita akan lebih peka dan sensitif pada hubungan kekeluargaan.Realiti kehidupan begitulah dalam budaya masyarakat Melayu ada yang dilupakan semasa Hari Raya.Maka diwujudkan drama sedih seperti itu kononnya untuk kita menghargai hubungan kekeluargaan.Mungkin kita dah terbiasa dengan lawak bodoh artis2 kita menjelang raya..maka kita fikir kita tidak boleh menyelitkan isu2 kekeluargaan dalam drama atau filem yang humor.

Lihat sahaja filem Home Alone (1,2 atau 3) dalam filem komedi/humor dan santai pun kita boleh tangkap mesej kekeluargaan yang cuba diterapkan kan..? Jarang kita melihat filem krismas yang sedih sebaliknya banyak filem yang humor dan meriah tetapi mereka masih boleh menyelitkan mesej kekeluargaan.Dalam filem 'four christmases' watak Brad ( Vince Vaughn ) dan Kate ( Reese Witherspoon ) sering mengelak menyambut krismas bersama keluarga kerana kekurangan keluarga masing2 namun terpaksa melakukan juga apabila penerbangan mereka dibatalkan.

Semasa itulah mereka belajar untuk menghargai keluarga masing2 walau bagaimana menjengkelkan pun perangai mereka.Filem ini kelakar dan biasanya kita dapat menangkap mesej dalam filem humor lebih senang dari drama yang berat.Apa dengan drama air mata perangai segelintir orang Melayu yang suka melupakan ibubapa akan berubah..?

Wajah ibu yang sentiasa menangis di hari raya kerana anak2nya yang durhaka.Haha.

Sunday, December 20, 2009

Salah Siapa..?

Kalau tak nampak sila klik untuk besarkan

Komen diatas aku dapat dari sebuah blog yang agak panas dalam membicarakan hubungan Indonesia-Malaysia.Komentar anonymous di atas aku percaya adalah datangnya dari Indonesia.
Kata orang yang meninggalkan komentar itu tentang rakyat Malaysia ialah :

"Selera muziknya aja kekampungan..sampai bertebaran muzik indo di TV Malaysia lagi.Orang Indo muziknya selalu dikagumi dan kreatif tidak seperti muzik Malaysia".

Aku terjemahkan kepada bahasa yang lebih mudah difahami untuk korang semua.Yang tersiratnya adalah..di blog itu rakyat Malaysia mengutuk dan mencaci rakyat Indonesia dan rakyat Indonesia itu membalas..jika Indonesia tidak bagus mengapa muzik dan drama Indonesia mendapat permintaan tinggi di Malaysia..?

Salah siapa..? Sebelum ini agak ramai termasuk artis negara ini yang marah apabila terlampau banyak lambakan drama seberang ke negara ini.Tidak perlu menjerit kerana adakah syarikat TV dan Radio swasta mendengar keluhan ini..? Apa yang penting adalah keuntungan mereka2 yang rakus tanpa perasaan sensitif.Rakyat Malaysia yang kekampungan sendiri ramai menyokong muzik mereka kan.

Jadi perlukah kita salahkan komentar sahabat dari Indonesia kita diatas.Salah sendiri..

Buat Radio dan TV swasta..terus agungkan karya seberang dan biarkan mereka fikir karya merekalah yang terbaik.Karya Malaysia ibarat sampah dimata mereka..

Politik Hiburan

(From Obefiend.blogspot.com)

Ahli perlimen Kebinatangan..ehh silap dari Kinabatangan iaitu Dato' Bung Mokhtar Raden disahkan kawen dengan Zizie Ezette.Who the f*ck is Zizie Ezette..? (aku tahu sebenarnya..saja nak menunjukkan yang aku tidak berminat dengan cerita artis tempatan).Ini cerita aku tahu dari blog2 yang aku baca.

Dato' Bung Mokhtar ni aku kenal sebab aku suka tengok sidang parlimen..dan aku suka bila dia dah start kecoh terutama bila pertikaman lidah antara dia dan pembangkang berlaku.Masalahnya sekarang kecoh cerita antara perkahwinan beliau dengan aktres tempatan tersebut.Nampak gayanya ahli politik pun akan dikejar oleh paparazzai wannabe di Malaysia.Apa sudah jadi..? Ahli politik yang sepatutnya berbakti pada rakyat pun ceritanya sudah boleh disensai dan dijadikan hiburan di Malaysia.

Adakah selepas ini akan keluar gambar Dato Bung Mokhtar tidak berbaju beraksi didalam kolam renang dalam muka depan majalah mangga..? Biarkan wartawan sensasi..terukan berkhidmat sebagai ahli parlimen berbakti untuk rakyat.Ahli parlimen bukan artis..

P/s : Aku sangat geli dengan majalah Mangga tapi aku tetap suka bila bung Mokhtar bersuara.Haha.


Saturday, December 19, 2009

Rumah Urut

Ohh tadi aku seperti biasa keluar berpeleseran di Bukit Bintang kala malam minggu.Sambil melayan lagu Through My Window dari Bunkface berulangkali dalam kereta..aku memandu di Bukit Bintang untuk melihat panorama malam yang indah tapi dipenuhi noda di Kuala Lumpur.Rasa yang mengujakan bagi aku melihat gelagat manusia yang pelbagai di ibu kota.

Kemudian aku memberhentikan kereta aku di depan BB Plaza kerana mahu berjalan kaki di kaki lima Bukit Bintang sambil melihat kaki2 yang lalu lalang di situ.Aku suka berurut kaki dengan seorang abang berdepan Plaza Bukit Bintang.Aku selesa dengan dia kerana dia seorang peramah..dan telah lama dan memahami asam garam manusia di kota.Aku suka mendengar kisah dan pengalamannya di KL.Betapa susah mahu survve d ibu kota bagi seorang manusia biasa sepertinya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Kalau diperhatikan disitu..bukan dia sahaja yang membuka perniagaan rumah urut malah dihadapan deretan kedai disitu terlalu banyak tauke2 cina yang menawarkan perkhidmatan urut kaki atau refleksologi.Namun disebalik semua tu..aku selalu juga ditawarkan khidmat tambahan seperti urut sedap2 atau nak lebih pun boleh.Rupanya mereka berselindung disebalik perniagaan rumah urut.Malah mendapat sambutan hangat dari pelancong terutamanya dari pak arab dan pak Negro.

Tak susah la orang ramai nak melempiaskan nafsu sebab industri seks di Malaysia kelihatan sudah semakin berkembang.Siapa yang dah lama di KL tahulah..Malaysia kan kononnya negar Islam contoh.

Kasihan abang tukang urut tu..katanya ramai orang mahu berurut tapi kebanyakan mereka mahukan 'servis lebih' sehingga ke dalam seluar dalam.Malahan mereka terpaksa bersaing dengan tukang2 urut wanita tidak bertauliah yang melambak disitu.Takut salah urut dengan tukang urut tak bertauliah apa yang boleh pacak dah tak boleh nak pacak..mandul baru tau.Aku rekomen korang pergi urut dengan seorang abang atau kakak Melayu di depan BB Plaza tu..mereka sangat ikhlas dan peramah.Dan yang penting mereka tidak mengurut sembarangan..

Lihat..betapa bahagianya aku diurut..!! Sehingga aku menjerit2 menahan sakit.Urat aku dah lari banyak kata abang tu..Lutut pun dah longgar kata abang tu sambil melontarkan senyuman penuh perli pada aku.

Celaka gilak..Malu bah aku..haha.aduhal..

Friday, December 18, 2009

Avatar dan Melayu Bodoh

Malam tadi aku menonton wayang lagi di GSC Times Square iaitu cerita The Avatar.Sebuah cerita yang sangat menarik dan indah.Biasanya makhluk asing yang jadi jahat dan manusia yang benar..tapi dalam filem ni dah terbalik..manusia yang melakukan kejahatan keatas habitat makhluk lain kerana kerakusan meneroka sumber alam untuk dijadikan sumber kekayaan.

Itu sahaja ulasan aku pasal filem tersebut..dan yang keduanya aku malu dengan sikap bangsa aku sendiri semasa di dalam pawagam.Bukan pertama kali..tapi dah berkali2 perkara yang sama terjadi bila di dalam panggung wayang.Pada permulaan cerita biasalah banyak iklan kan..

Yang menjadi masalahnya ialah ada yang menjerit 'woi cepatlah iklan aku bayar bukan nak tengok iklan..!'.Bila orang lain suruh mereka rendahkan suara..mereka akan menjerit balik ' woi aku bayarlah..!'.What a stupid ass moron punya bangsa Melayu..dan aku tak tahu apa jenis bangsa Melayu kah itu yang berperangai seperti orang sakai ataupun Melayu kampung yang datang dari hulu.

Dan kerana panas...aku jerit balik dalam bahasa Melayu 'Diamlah Puk**ak..!'.Mungkin perasan ada orang yang sebangsa dengan mereka maki balik...mereka terus terdiam.Kalau mereka tak puas hati aku dah nekad habis cerita Avatar kau boleh ajak aku bertumbuk kat luar.Aku tak takut sebab aku yakin dengan ilmu silat yang aku tuntut kat kolej.Cina yang perasan aku jerit tu hanya tersenyum..

Sekurang2nya mereka tahu tak semua MeLAYU berperangai macam sakai begitu..nang dasar paloi kedak anak asuk kata orang Sarawak.Aku cuba perhatikan jenis Melayu apakah itu..dan dari gaya mereka..seperti biasa aku tahu..mereka adalah MELAYU dari jenis..

MAT REMPIT.


Tuesday, December 15, 2009

Polis Penakut..?

Hari ni aku baca dalam Utusan online mengenai ahli Parlimen Padang Serai iaitu N Gobalakrishnan yang dijatuhkan hukuman kerana menakutkan pegawai polis.Berikut ialah petikan dari artikel tersebut :

SHAH ALAM 16. Dis - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan didenda RM1000 atau penjara tujuh minggu oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menakutkan pegawai polis dalam satu perhimpunan haram di depan sebuah kuil dua tahun lalu.

Turut dikenakan hukuman yang sama ialah seorang mekanik yang juga terlibat dalam perhimpunan tersebut, B. Varatharaju, 34.

Daripada 69 yang didakwa, kini tinggal sembilan yang masih dibicara atas tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram itu. - Utusan (LINK)

Masalahnya sekarang..setakat orang biasa macam Gobalakrishnan tu pun bleh menakutkan polis ker..? Bukannya samseng besar pun dia tu..sekali jentik telur dia menjeritlah tu.Dan lagi..bukan rakyat biasa ke yang patut takutkan polis yang kadangkala lebih samseng dari samseng sendiri.

Tapi apapun sikap takut pada polis itu masih penting untuk membanteras jenayah yang tak sudah2 memeningkan kepala abang2 polis.Terima Kasih encik polis. (aku takut ISA sebenarnya)



Sunday, December 13, 2009

Cina Bukit

Sebelum ni aku cukup suka mengutuk dan mencaci pelajar arab dan niggaz yang suka buat kecoh dan tidak hormatkan adat budaya orang sini.Sekarang aku mahu mengutuk pelajar dari negara China yang biasanya kami di IPT tempatan gelarkan mereka 'Cina Bukit'.

Di kolej lama aku..pada mulanya tidak berapa ramai pelajar dari China ni tapi kebelakangan ni mereka dah mula ramai macam celaka.Kenapa aku rasa mereka sangat menjengkelkan..? Sebabnya..

1.Mereka suka berjalan hanya dengan berseluar dalam kesana kemari dikawasan koridor hostel tanpa riak muka yang menunjukkan rasa malu atau bersalah.

2.Mereka juga suka mandi bogel tanpa menutup pintu tandas.Malahan mereka membantu sama sendiri untuk menggosok badan antara satu sama lain.

3.Mereka tanpa segan silu melakukan aktiviti masturbasi dihadapan cermin ditempat sinki.

4.Kebanyakan mereka tidak suka mandi pagi.

Kalau ada antara kawan aku yang berani melakukan aktiviti seperti diatas..dah lama aku ambil lastik dan lastik alat kemaluan mereka.Lama kelamaan bukan rakyat asing yang sepatutnya menyesuaikan diri dengan budaya rakyat Malaysia..tetapi rakyat Malaysia pula yang harus belajar untuk menerima budaya mereka yang dimata kami amat menjengkelkan.

Bila terserempak dengan mereka ni..aku biasanya hanya mampu menahan rasa geli geleman dalam diri.Sudahlah bulu kemaluan ibarat hutan khatulistiwa..boleh pula tayang pada orang lain 'burung dalam hutan tebal' mereka tanpa rasa bersalah.

Aku bukanlah seorang yang racist..tapi tak salah aku mengkritik sesuatu untuk kepentingan rakyat negara ni kan..?




Thursday, December 10, 2009

Pak Arab dan Pak Negro

Aku memang suka mengutuk pak arab dan pak negro terutamanya dikalangan pelajar dan secara jujurnya aku akui aku tak suka dengan mereka walaupun bukan semua.2 bulan lepas aku ada menulis tentang pak arab dan pak negro.(LINK) Semalam pun aku ada menaip dalam blog wordpress aku tentang Dato Seri Mohd Khaled Nordin yang tidak akan menyekat kemasukan pelajar asing ke Malaysia. (LINK)

Tadi aku baca dalam blog (LINK) faveret aku pasal Pak Unta dan Pak hitam nih.Cakap betul kan bagus Dato Khaled..kata beliau nak menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.Another jackass statement made from a minister in Malaysia again..! Betul ke ataupun Malaysia ni sekadar tempat pembuangan sampah sahaja bagi mamat2 yang telah kena 'reject' dari universiti2 luar..?

Pengalaman belajar di kampus yang terletak berdekatan di Putrajaya dan Cyberjaya banyak mendedahkan aku dengan perangai pak arab dan pak negro yang tidak hormatkan rakyat tempatan ni.Mungkin pak arab rasa mereka se'cool' mat saleh di amerika..manakala pak negro pulak rasa mereka tu seperti rapper2 terkenal dibarat seperti Snoop Dog ataupun Ice Cube.

Bertambah menyampah dengan pelajar tempatan yang menjalinkan hubungan cinta dengan pak negro dan Pak Arab ni.Biasanya ayat kawan perempuan aku 'pak arab ni baik tak macam lelaki Melayu susah dipercayai.Yang sebenarnya ayat tersiratnya ialah aku suka poket tebal dan batang besar.Haha.

Disini memang mereka kelihatan stailo..tapi disana tetap berserban dan adat budaya mereka yang kasar dapatkah kita ikut..?

Whatever la nigga..i got my style u got ur style.Habibi ya habibi fuckers..!

Wednesday, December 2, 2009

Samseng Melayu

Dekat Kolej aku dulu..ramai puak macam ni dan aku hanya tertawa dalam diam melihatkan perangai dan perwatakan mereka.What a dumbass..!

1.Muka Budget Pailang ( Padahal Muka Macam Spongebob Squarepants )


2.Paling kelakar..suka lepak ramai2 pastu pandang orang macam ajak bertumbuk.Jalan pun senget macam ketam nak tunjuk taiko..blajar hormat orang la weh..! skali aku karate tulang rusuk kau berderai.Apa lagi..? Beg silang..? Jalan kehulu kehilir dengan beg silang pun satu hal.


Lepas tu dekat beg silang jangan lupa sangkut keychain yer.Bila pandang orang muka jangan lupa nak buat kerek.Bertambah kerek bila big brader kau ada sekali waktu tu.Kumpul ramai2 di tempat terbuka..bila orang pandang bertambahlah rasa angkuh dan kebanggaan kau.

P/S : Majulah bangsa Melayu..jangan bercakap tentang perjuangan kalau tidak tahu apa2..Mengajilah dengan sempurna walaupun asas al-quran..sunnah dan hadis dengan kukuh.Sekuat mana kita belajar untuk hormatkan orang lain walau dia bukan siapa2.Kukuhkan ukhuwah dan persaudaraan sesama Melayu.Elakkan ciri2 fahaman assabiyah dalam hidup.Menuntut biar dengan kepala otak..tak guna jalan mendada kalau ilmu didalam kepala masih cetek.Ohh lupa nak letak tanda.. ///

Tuesday, December 1, 2009

Aku Mahu Eskot

Aku rasa bengang bila jalan aku dihalang oleh sepasukan polis trafik kerana mahu memberikan laluan pada VIP sebab aku tak suka dihalang secara kereknya.Walaupun begitu aku juga kadang2 berangan alangkah indahnya kalau kereta satria Neo standard aku juga diiringi oleh polis trafik..boleh aku buat muka bangga pada pemandu2 lain dijalanraya.

Lebih best lagi kalau polis yang mengiringi kereta aku tu adalah terdiri daripada polis2 trafik yang comel dan ayu walaupun hakikatnya mana ada polis trafik yang ayu dan bersopan santun macam dalam drama roda2 Kuala Lumpur tu.

Kalau tak ada motosikal yang berkuasa tinggi untuk eskot aku..memadailah dengan motor dibawah.Sekurang2nya aku masih boleh buat muka bangga dan kerek..sekerek muka brader2 besar tiga line dengan beg silang dipinggang.