Sunday, November 15, 2009

Teruskan Hidup

Hari ni aku meneruskan kehidupan seperti biasa..bangun pagi..pergi kerja dan ke kelas seperti biasa.Masih lagi bersedih dengan pemergian ayah aku ke rahmatullah pada isnin lepas kerana serangan sakit jantung..namun itu masih belum mematahkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan. (LINK)

Walaupun hari yang dilalui agak sukar..tapi sebagai anak lelaki yang akan menggalas tanggungjawab keluarga selepas ni..aku kena kuat untuk hidup..untuk mak dan adik2 aku.Pemergian tiba2 arwah ayah tanpa sebarang tanda seperti sakit dan sebagainya..benar2 memeranjatkan aku..tapi dah suratan takdir..Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Dan daripada situ juga aku dapat mengenali siapa sebenar2 rakan yang mengingati aku saat aku bersedih..dan juga rakan yang sekadar bersama aku disaat senang.Terima kasih aku ucapkan pada yang mengingati..kalian akan aku ingat sampai bila pun.

Sudahlah..aku yang hidup ni harus terus melangkah..! Hehe.. :)


Jenazah bapa diusung oleh para pegawai dan juruterbang TUDM.
Al-Fatihah.

Terima Kasih pada DYMM Sultan Pahang..Jeneral Dato Seri Azizan..Brig Jen Dato Azizan..warga MINDEF..Pegawai..Juruterbang dan seluruh anggota TUDM yang banyak membantu keluarga dari segi sumbangan dan pengurusan jenazah arawah bapa.

No comments: