Thursday, November 5, 2009

DVD Koleksi

Semalam aku ke kedai dvd cetak rompak di damansara untuk membeli beberapa dvd terbaru.Ohh yer..aku memang suka membeli dvd cetak rompak sebab aku bukan seorang yang sangat kaya sehingga mampu membeli sepuluh keping dvd seminggu yang setiap keping berharga rm79.90.

Aku hanya mampu membeli yang berharga rm8 sekeping sahaja kerana aku beli dvd bukan setiap bulan..tapi setiap minggu..! sebab aku memang gila movie kaw2.Kalau tak percaya tanya kawan rapat aku.Semua jenis movie aku tengok..dari yang lawak..animasi..romantik sampai seram sehingga ke yang tanpa seurat benang sekalipun.

Seperti biasa aku akan ke kota Damansara membeli DVD di kedai cina yang dah kamcing ngan aku sebab banyak mengaya dan menguntungkan dia.Antara dvd yang aku rembat ialah :

1.I Love You Beth Cooper

Dah lama aku nak tengok cerita ni tapi tak sempat.Balik jer aku terus layan cerita ni dulu dan aku terus jatuh hati ngan pelakon dia yang kecil2 molek hot2 iaitu Hayden Panettiere.Best sebab aku suka watak lelaki dia yang nerd gila boleh jatuh cinta kat perempuan paling hot kat sekolah.

Layan..!




No comments: