Monday, November 30, 2009

Ohh..Nasionalisme

Wahh baguslah buat macam ni..ikut perangai sapa bangsa MeLAYU ku ini..? Dibawah pengaruh siapa kah ini..? Pijak..jangan tak pijak yer.Banyak mana pijak pun..Perdana Menteri kita tetap hidup senang..teruskan pijak..kemudian sambung merempit balik ataupun kacau bohsia tanpa ada sebarang perkembangan mentaliti untuk melakukan perubahan pada negara..

Lepas ni kalau tak puas hati kita main pijak2 yer..

Kadang2 nampak macam orang tengah..maaf yer YB Lim Guan Eng..



Nama Pun Pelakon

Sebelum ni aku tak pernah nak ambil pusing pasal drama Melayu..sebab drama Melayu kebanyakannya membuat aku terkulai layu dengan mata yang kuyu di sofa bagi aku yang mempunyai persepsi negatif dan membosankan mengenai drama Melayu.Tapi bukan semua..

Baru2 ni orang sibuk memperkatakan tentang drama Melayu yang mempunyai rating tinggi iaitu 'Nur Kasih'.Sekarang drama tu dah abes..dan aku TERbaca didalam banyak blog dan akhbar ruangan hiburan tentang pelakon Nur kasih iatu Tiz Zaqyah yang dikecam oleh sebahagian orang yang mempunyai mentaliti lapuk.

Kata mereka..kecewa dengan penampilan Tiz Zaqyah diluar dan didalam drama.Katanya dalam drama watak baik..tapi luar bersosial sana sini.Why should we talk about something silly..? Dah nama pun PELAKON..memang kerja dia berlakon la.Mungkin orang mengharapkan dia menjadi seorang yang 'innocent' seperti dalam drama.Susahlah kalau nak samakan watak dengan karakter pelakon tersebut.Biarkan sahajalah..ataupun lepas ni suruh ustazah betul jer untuk bawakan watak orang baik dalam drama.

Nasib baiklah mat rempit tak mengamuk bila Farid Kamil bukanlah seorang mat rempit sebenar diluar filem.Haha.

Layan ajer cerita Hollywood..dekat luar mereka tetap pompuan sundal.

Terjah..! WTF..??!

Sunday, November 29, 2009

Rembau ke Kuala Lumpur..kapcai..!

Semalam aku bertolak dari KL ke Rembau Negeri Sembilan untuk menguruskan hal tanah arwah bapa aku.Aku pergi dengan diiringi oleh 3 pengikut..ehh silap 3 orang rakan aku kesana.Tanah tu dibeli arwah bapa aku dengan tujuan untuk terlibat dalam industri perladangan kecil.Sekarang dia tak ada aku la yang kena uruskan dengan MARA dan kontrak semua.

Tapi bukan tu aku nak cerita..

Semasa ke tanah tu..aku ternampak satu motor kapcai yang dah lama tak digunakan.Jadi timbul idea gila untuk bawa motor tu balik ke KL dengan prestasi motor tersebut yang agak terbatas.Selain tu..dulu arwah bapa selalu bawa aku naik motor kapcai masa aku kecik..siap berhujan panas sebelum kehidupan kami agak senang sedikit.

Kebetulan ada 2 helmet apollo yang 'konfem' sudah patut dilupuskan.Jadi aku suruh 2 rakan aku bawa kereta aku..aku dan seorang lagi bawa motor tu ke KL.Aku betul2 rasa teruja dapat bawa motor kapcai ikut jalan kampung..siap tak pakai helmet lagi.Bukan apa..kalau pakai helmet apollo yang dah berkurun tu..pasti bergegar2 kepala aku sebab helmet tu bergoncang ditiup angin.

Aku rasa macam orang kampung yang stailo..dah la bawak kapcai..siap ada kereta satria neo eskot lagi kat belakang.Kami siap singgah pekan Rembau..minum cendol..kacau awek rembau dan kemudian terus ke KL.Samapi KL aku rasa pinggang aku dah 'patah'..kepala jadi pening..bontot sakit sebab lama duduk atas motor.

Sepanjang perjalanan selama 3 jam..aku banyak gelak2 atas motor sebab banyak orang kampung pandang kami.Mana tidaknya..pakai smart gila..ala2 nak masuk club malam Masion ..tp bawak kapcai pakai helmet steng.Haha.

Dalam gelak2 kadang menitis juga air mata aku sebab rindukan arwah bapa.. :)

P/s ; Next week ke Kuching.Kapcai..? Tak boleh kot..

Wednesday, November 25, 2009

Abang Kawasan Hartamas

Suatu hari aku lepak beramai2 di desa sri hartamas dengan 'rakan2' aku..bukan kerana aku banyak duit atau mahu kelihatan stylo..tapi sebab berdekatan dengan rumah aku.Kalau ikutkan untuk 'open table' 20 orang aku hanya mampu di kedai mamak sahaja.Hartamas Square bukanlah tempat kegemaran aku..

Semasa sedang memulakan agenda iaitu makan..aku terperasan ada seorang mamat dengan gaya mat rempit sedang memandang tajam aku dari meja sebelah.Entah apa yang dia tak puas hati dengan aku..aku pun tak tahu.Bodoh betul gaya dia..malam buta pun pakai spek ribbon rm15 beli kat downtown cheras..lepas tu rantai besi kat tangan dengan seluar cerut macam barua anak hanjeng.

Lepas tu sorang rakan aku pergi tegur mamat tu..katanya dia kenal.Lepas tu aku tanya rakan aku tu apahal usya aku macam mintak terajang..? Kata rakan aku 'along..itulah abang kawasan' Hartamas.Terdetik dalam hati aku 'ohh..another typical Malay Gangster Bullshit Style messing around at Hartamas'.

So what..?

Kalau kau abang kawasan kat situ..ataupun brader besar dalam 3 line aku pedulik apa..? Haruskah kau melihat aku dengan pandangan yang macam sial..? Dah la muka buruk..bertambah buruk bila kau buat muka palat macam tu.Jadilah muka seperti anak haram yang suka menyundal di jalanan.Kononnya ini kawasan kau..?? Ini kawasan semua orang..! Semua orang berhak untuk have fun kat situ.

Tempat kau cumalah bersama sampah2 jalanan lain di dataran merdeka.Bukan di tempat yang elegan seperti itu.Tak layak.

Kalau betul2 gangster yang ada nama..dia akan hormatkan orang lain..sebab dia banyak pengalaman dan belajar.

Samseng Melayu..muka langsi..punai kecik.. *middle finger*

Sunday, November 22, 2009

Rock N Roll

Tak ramai yang tahu..aku meminati 70's rock N roll seperti band diatas.The ramones dan The Clash adalah dua band pelopor Punkrock yang menjadi kegilaan aku dan aku obses dengan band the Ramones ni.

Bila datang mood rock n roll aku..aku suka dengan lagu2 dendangan band ini.Manakala the misfits adalah band pujaan aku dengan sound Punk yang dark..horror dan gothic.Check it out guys..!

Mereka idola aku selamanya.

Majalah Hiburan Dan Komen Bunkface

Semalam aku baca dalam ruangan hiburan Mingguan Utusan (aku jarang baca ruangan hiburan..sekadar belek) dan tertarik dengan komen Sam Bunkface mengenai sikapnya yang suka melarikan diri dan mengelak dari bercerita mengenai kisah peribadi.Antara komen sam ;

"Saya lebih suka bercerita tentang karier. Sasaran Bunkface yang perjuangkan muzik agar dikenali. Saya tahu tahap kesusahan hendak menawan hati peminat muzik pop punk ini. Sebab saya daripada underground. Peminat kedua-dua aliran ini berbeza. Mereka punya cita rasa sendiri dan tidak kisah kepada cerita di sebalik pemilik suara. Apa yang mereka mahukan ada kepuasan maksimum dalam menyampaikan setiap lagu."

Kenyataan yang bagus dari Sam Bunkface..jangan dilayankan sangat dengan perangai wartawan yang menjadikan hidup sensasi orang lain sebagai bahan cerita.

Sebenarnya aku bukan sahaja tidak berminat mengetahui kisah hidup artis..malah untuk membelek majalah hiburan seperti URTV dan Mangga pun aku dah geli geleman.Aku lebih suka majalah hiburan tanpa gossip keterlaluan seperti Hype dan Utopia yang lebih urban.Bagi aku mereka yang suka mendengar cerita gossip dan bercerita mengenai kehidupan artis adalah mereka yang mempunyai pemikiran melayu tipikal/tradisional ataupun lebih sadis lagi.. kekampungan.

Lebih membuatkan aku nak muntah kalau ada anak muda yang menggunting gambar artis hiburan untuk dilekatkan dalam buku sebagai jurnal ataupun buku skrap.Mentaliti seharusnya diubah kalau tak Melayu akan terus menokok tambah cerita untuk mewujudkan sebuah cerita dongeng hasil imaginasi kreatif terlampau.

Benci aku bila baca statement seperti 'kerabat nafi ada cinta dengan Fasha sundal'..'kami hanya kawan tidak lebih'..'Shamsul Usop putus dengan bla bla'..dan lain2.

Get a life lah..


Thursday, November 19, 2009

Minah Tudung

Aku tak tahu sama ada aku seorang ataupun orang lain juga merasakan benda yang sama seperti aku rasakan.Aku rasa sangat menjengkel dan membencikan bila gadis muda sekarang tidak menghormati pemakaian tudung.Contohnya..?

Semasa di kolej aku banyak perhatikan minah kepala bertutup..tapi baju singkat bila tunduk nampak jubor ataupun baju ketat gila sampai terbonjol buah nangka.Ada pengalaman aku semasa di semester satu..sorang minah ni nama dia *tuuut* (censored) kepala bertudung tapi bila dia tunduk nampak spender g-string dia kaler pink.Aku bukan sengaja nak tengok yer rakan2..

Bila nak mengikut syariat Allah SWT biarlah dengan cara yang menyeluruh..bukan sekadar mengikut secara caca merba.Aku cukup anti dengan golongan ni dan satu lagi orang yang solat tak sampai 5 minit.Seolah2 tak ikhlas dalam menjalankan perintah yang Maha Esa..

Jadi daripada minah bertudung ni tapi bawah dress up macam haram..lebih baik tak pakai tudung..lagi cun.Tak adalah korang memberi persepsi negatif kepada orang yang bukan beragama Islam..bertambah teruk bila banyak pornstar 3gp sekarang yang dah bertudung..pornstar cara sopan ker..? F*ck you..!

Aku masih tak faham.. :P

Wednesday, November 18, 2009

Eksploitasi Tubuh

Sebentar tadi aku keluar sebentar ke Bukit Bintang untuk berjumpa dengan rakan aku.Sementara menunggu aku nyalakan sebatang rokok dulu didepan Maybank.Sambil duduk di tangga tu aku perhatikan orang lalu lalang.Memang ramai..terutama budak2 muda sekolah yang kebetulan sekarang tengah bercuti.

Sambil tu aku mencuci mata melihat gadis2 sekolah yang bagi aku sekarang cukup 'advance' dari segi berpakaian.Dalam hati aku muda2 lagi dah jadi perempuan sundal dan biasanya ayat tipikal yang digunakan untuk mempertahankan diri mereka ialah 'tak semestinya kami pakai seksi macam ni kami tak ada maruah' ataupun 'dont judge a book by its cover'.

Sebenarnya aku tak ada masalah pun dengan benda ni..biarlah tu hak mereka.Bila dah tahu berfikir matang sikit pandai2lah kan.Cuma kalau nak bina perkahwinan nanti aku taknaklah dapat perempuan yang dah rosak..sebab aku pun tak pernah merosakkan perempuan dan tak sanggup.Kalau yang memang dah rosak pernahlah aku overhaul.Haha.

Yang jadi masalahnya bila gambar perempuan sering dijadikan bahan eksploitasi untuk melariskan sesuatu produk jualan.Seolah2 tubuh wanita yang terdedah tu adalah suatu barang dagangan.Bukannya aku baik sangat pun..aku pun macam lelaki lain juga layan porno* tapi bila dah terlebih sangat hingga terpampang besar sebahagian besar tubuh wanita di papan iklan billboard bukankah itu satu bentuk eksploitasi senyap kepada wanita.

Tubuh wanita bukanlah benda yang boleh diperdagangkan secara meluas dan terbuka.

Ada satu pasangan duduk sebelah aku tengah melepak kat tangga bukit Bintang..awek dia memang seksi gila tapi aku rasa masih bersekolah.Disebabkan aku lelaki yang memang mempunyai nafsu..aku pun melihatlah apa yang terhidang didepan mata.Tapi tak adalah sampai berfantasi yang bukan2..sekadar menikmati keindahan makhluk ciptaan tuhan.Tiba2 balak dia jeling semacam kat aku dengan muka panas.Ekk eleh kalau tak bagi aku tengok suh la awek kau tutup..tak pun geli2 kat rumah.Ini kan tempat awam..apa salahnya aku tengok..?

Bila kita nak mula eksploitasi lelaki seperti gambar dibawah..?



Misai Dan Janggut

Pagi ni aku bercukur lagi walaupun misai dan janggut aku tidaklah panjang mana.Memang seminggu sekali aku akan mencukur misai dan janggut aku.Bukan apa aku tak suka pada bulu2 yang berselerakan di muka aku selain nampak tidak kemas.

Ada kawan2 aku yang menyimpan jambang dan misai sampai penuh bulu kat muka.Umur ada yang sebaya dan lebih kurang aku iaitu 22 tahun..tapi nampak kelihatan lebih tua kerana bulu2 yang bertebaran di muka tu.Aku tak tahulah apa yang menariknya menyimpan jambang atau janggut ataupun misai di usia yang muda ni.

Kalau yang dah berkahwin tu mungkinlah kita faham..bulu2 yang tajam di muka tu mungkin salah satunya digunakan untuk geli2 bersama pasangan.Haha faham2 sudah apa maksud aku..tulis lebih kang jadi blog lucah plak.

Mungkin juga rakan2 aku ni mahu kelihatan seperti orang bekerjaya yang tidak punyai masa lapang untuk bercukur kerana terlalu sibuk.Kalau tak nak potong janggut atau misai pun kasi trim la sikit..ini beterabur jer.Eww..serabut la aku tengok.Kalau bulu yang nampak kat orang pun susah nak jaga..bulu lain yang tersorok entah2 dah jadi hutan hujan tropika.

Haha.

Gomo Kelate Hobin Jang

Sebenarnya aku dah lama nak menulis pasal perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.Tetapi 2 hari selepas perlawanan tu ayah aku pergi mengadap ilahi..jadi aku tangguhkan sekejap penulisan dalam tempoh tu.

Pada 7 November 2009 lepas..aku antara puluhan ribu penyokong yang hadir ke stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan pilihan kami.Malam itu pula aku hadir bagi memberi sokongan pada pasukan Negeri Sembilan kerana aku memang ada darah Nogoghi walaupun aku anak kelahiran KL.

Tiba didalam stadium aku lihat tempat duduk penyokong Kelantan lebih dari separuh tempat duduk di Bukit Jalil.Aku pun pelik bagaimana hal tu boleh terjadi sedangkan di tempat penyokong negeri sembilan kami terpaksa berasak2 mencari tempat duduk sehingga terpaksa duduk di tangga.Bagaimanapun aku lebih kagum dengan semangat penyokong Kelantan dalam memberi sokongan berbanding Negeri Sembilan.

Malam tu merupakan kenangan manis buat aku sebab selain menyaksikan kemenangan 3-1 Negeri Sembilan ke atas Kelantan..aku juga dapat melihat drama dari tempat duduk penyokong Kelantan secara 'live'.Aku hanya tertawa bersama penyokong lain melihatkan perasaan kecewa mereka diselang selikan dengan peristiwa tak masuk akal.Aku faham..mereka datang dari jauh tetapi keputusan yang diharapkan tak memihak pada mereka.

Buat penyokong Negeri Sembilan..kalian seharusnya mencontohi semangat penyokong Kelantan walaupun datang dari jauh mereka tetap hadir memberikan sokongan.Berbanding dengan kalian yng hanya perlukan 1 jam sahaja ke KL..itupun tidak penuh dan masih kurang.Tapi ikut yang positif sahaja dah la..tak perlu bila kalah nak emosi terlebih macam orang hulu.

Monday, November 16, 2009

Wayang 2012

Malam tadi aku pergi menonton wayang larut malam (skema giler ayat) cerita 2012 bersama 3 orang rakan aku termasuk seorang dari Brunei di pawagam Times Square.GSC Times Square memang tempat kegemaran aku sebab dekat dengan parking kereta.Baru malam tadi aku dapat 'release' tension aku lepas seminggu aku sibuk menguruskan hal pengebumian..dan lain2 urusan seperti tahlil untuk arwah bapa aku.

Aku baru kenal member aku yang lagi dua tu..memang kepala diorang best terutama yang dari Brunei tu.Aku yang banyak bercakap ni pun jadi diam bila duduk dengan mereka.Berbalik pada filem 2012 tadi..walaupun dah tengah malam..tapi tempat duduk untuk filem 2012 tetap penuh.Mungkin sebab dah seminggu aku tertekan..bila dapat berhibur sekejap..aku jadi bising dalam panggung wayang.

Filem 2012 bagi aku memang best..sebab dari pertengahan cerita sampai habis aku tak senang duduk.Aku suka tengok bangunan runtuh..rumah terbakar..ngan tsunami semua.Bukan apa..sekurang2nya kita beringat sikit walaupun filem 2012 ni tak menggambarkan hari kiamat sebenar yang lebih dahsyat.

Paling best aku dapat duduk di belakang 2 orang awek sabah yang cun dan hot.Patutlah bila aku cakap loghat borneo dengan kawan aku diorang terpandang tersenyum jer.Huhu tapi tak boleh lebih..sebab awek tu dah ada BF..gaya macam mat rempit ajer.Nang paloi gilak..menyampah aku..Hahaha.Lagipun aku tak sestylo diorang..sebab aku kalau ke Times Square Bukit Bintang memang pakai t-shirt..seluar pendek dan selipar jepun sahaja.

Salah satu babak dalam 2012

Sunday, November 15, 2009

Teruskan Hidup

Hari ni aku meneruskan kehidupan seperti biasa..bangun pagi..pergi kerja dan ke kelas seperti biasa.Masih lagi bersedih dengan pemergian ayah aku ke rahmatullah pada isnin lepas kerana serangan sakit jantung..namun itu masih belum mematahkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan. (LINK)

Walaupun hari yang dilalui agak sukar..tapi sebagai anak lelaki yang akan menggalas tanggungjawab keluarga selepas ni..aku kena kuat untuk hidup..untuk mak dan adik2 aku.Pemergian tiba2 arwah ayah tanpa sebarang tanda seperti sakit dan sebagainya..benar2 memeranjatkan aku..tapi dah suratan takdir..Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Dan daripada situ juga aku dapat mengenali siapa sebenar2 rakan yang mengingati aku saat aku bersedih..dan juga rakan yang sekadar bersama aku disaat senang.Terima kasih aku ucapkan pada yang mengingati..kalian akan aku ingat sampai bila pun.

Sudahlah..aku yang hidup ni harus terus melangkah..! Hehe.. :)


Jenazah bapa diusung oleh para pegawai dan juruterbang TUDM.
Al-Fatihah.

Terima Kasih pada DYMM Sultan Pahang..Jeneral Dato Seri Azizan..Brig Jen Dato Azizan..warga MINDEF..Pegawai..Juruterbang dan seluruh anggota TUDM yang banyak membantu keluarga dari segi sumbangan dan pengurusan jenazah arawah bapa.

Friday, November 6, 2009

Pagi Yang Gila

Hari ni aku panas betul..bukan apa aku lupa minggu pertama adalah hari cuti untuk ofis aku.Disebabkan tu dengan selamba jer aku ke ofis.Kunci pulak memang ada ngan aku sentiasa.Bila sampai kat ofis bos aku kol cakap 'ehh awak ada kat ofis ker..?'.

Hampeh punya bos..bukan dia nak bagitau hari ni cuti.Mesti dia nak suruh aku wat kerja secara percuma..Nasib la kan..kalau aku dah sorang kat ofis ni banyak la idea pelik2 akan muncul.Aku kan budak nakal yang sentiasa punya idea tak masuk akal.

Biarlah..aku lepak jer kat ofis ni buat macam bapak aku yang punya ofis.Aku nak tidur..aku nak tu..nak ini dan sebagainya.Dan aku kena buat ulangkaji sikit2 untuk exam MUET akan datang..Haha.Bos ingat aku nak buat kerja hari ni..? Kiss my *** demn yuh..! Tapi aku juga yang sengal kuda datang ofis time cuti.Kalau aku tau..aku sambung tido jer kat rumah.Jadi malam ni aku ada tenaga mahu pergi berfoya2.

Ohh semasa entry ini ditulis..aku masih lagi ada di ofis memikirkan benda tak masuk akal yang akan aku buat.



Teh Dan Coklat

Sebelum ni aku kurang menggemari minuman seperti teh kerana mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dan kurang menyihatkan.Hehe macam bagus tapi sebulan lepas member aku dah kenalkan aku dengan sejenis minuman baru iaitu '3 layer tea' atau dalam bahasa mesia nya teh 3 lapis (agak kurang enak disebut).

Maka terjadilah satu peristiwa dimana aku dah ada minuman faveret baru iaitu 3 layer tea.Teh 3 ni ada 3 lapis..bawah sekali gula melaka..atas dia susu cair..atas sekali baru teh.Ohh agak enak lemak berkrim disukai ramai gitu.Aku sukakan rasa dia yang menyelerakan dan pekat.Tapi tak boleh minum selalu nanti kencing jadi manis.Skali skale sahaje boleh ler.

Ini dah jadi menu wajib aku kalau aku berpeleseran malam minggu dikedai mamak.Selain tu aku juga sukakan menu 'hot chocolate' kalau ke oldtown kopitiam.Pure coffee i dont like..but coffee with blended ice and chocolate i suka you..! HahaHa.Korang kena cuba..!

Thursday, November 5, 2009

Berat Badan

Wahh walaupun dah lama raya berlalu namun masih terasa kesannya pada fizikal aku.Mungkin disebabkan selepas raya aku sudah malas mahu ke gymnasium seperti sebelum ramadhan membuatkan ada rakan aku kata 'Naz apa pasal perut dah naik..?'.Wahh terasa aku nih..

Ohh aku risau dengan penambahan 'spare tyre' di perut aku.Nanti hilanglah ciri lelaki maskulin aku..buruk dowh..! aku tak sanggup menjadi lelaki yang buncit ala2 kaki makan rasuah di usia yang muda.Walaupun aku tidak sekacak mana..tapi aku tetap mahu kelihatan kemas dan anggun.Miahaha.

Bermula minggu lepas aku dah rajin 'work out' di gymnasium semula.Makan pun aku dah berpantang balik supaya boleh kelihatan sasa seperti abang2 body di gymnasium tempat aku pergi.Tapi aku tak maulah badan yang gila gedabak macam diorang..pun nampak buruk juga.Cukuplah sekadar 'sedap2' orang melihat dan membuatkan gadis2 rasa teruja melihat aku..kuikui.Aku gurau jer la..untuk kepuasan diri sendiri sudah.

Go away perut buncit..! Damn you and i hate you..! HaHa.

Ryan Reynolds.

DVD Koleksi

Semalam aku ke kedai dvd cetak rompak di damansara untuk membeli beberapa dvd terbaru.Ohh yer..aku memang suka membeli dvd cetak rompak sebab aku bukan seorang yang sangat kaya sehingga mampu membeli sepuluh keping dvd seminggu yang setiap keping berharga rm79.90.

Aku hanya mampu membeli yang berharga rm8 sekeping sahaja kerana aku beli dvd bukan setiap bulan..tapi setiap minggu..! sebab aku memang gila movie kaw2.Kalau tak percaya tanya kawan rapat aku.Semua jenis movie aku tengok..dari yang lawak..animasi..romantik sampai seram sehingga ke yang tanpa seurat benang sekalipun.

Seperti biasa aku akan ke kota Damansara membeli DVD di kedai cina yang dah kamcing ngan aku sebab banyak mengaya dan menguntungkan dia.Antara dvd yang aku rembat ialah :

1.I Love You Beth Cooper

Dah lama aku nak tengok cerita ni tapi tak sempat.Balik jer aku terus layan cerita ni dulu dan aku terus jatuh hati ngan pelakon dia yang kecil2 molek hot2 iaitu Hayden Panettiere.Best sebab aku suka watak lelaki dia yang nerd gila boleh jatuh cinta kat perempuan paling hot kat sekolah.

Layan..!




Wednesday, November 4, 2009

Intro Mintro


Salam Kalian..haha lahir sudah blog aku yang entah keberapa belas ni.Dalam blog aku kali ni tiada apa yang menarik..hanya sekadar menceritakan perjalan hidup aku seharian yang kadang2 membosankan..kadang2 menggembirakan.

Dah lumrah asam garam hidup..kadang2 manis..kadang2 pahit dan tak semua yang kita nak akan dapat..begitu juga sebaiknya.Kewujudan blog ni sekurang2 nya akan membuat aku ingat kembali masa lampau dimasa akan datang.Kata orang kita belajar dari masa lepas..tapi aku sering mengingatkan diri aku sekarang..benda buruk atau kesilapan yang dah terjadi dimasa lepas tu jangan membuatkan kita takut untuk melangkah dan melihat ke masa hadapan.

Paling penting bagaimana kita mahu mencorakkan hidup kita sendiri kearah yang lebih baik.Anak muda macam aku biasalah nak enjoy kesana kemari..tapi aku sering ingatkan diri aku agar tidak melampau batas..sebab kita yang hari ini bakal mencorakkan kita yang dimasa hadapan.Aku suka dengan pepatah berikut ;

Decide what you want .. believe you can have it, believe you deserve it, believe it's possible for you..!

Good Luck For Me...!! HahaHa.. :)