Monday, November 30, 2009

Nama Pun Pelakon

Sebelum ni aku tak pernah nak ambil pusing pasal drama Melayu..sebab drama Melayu kebanyakannya membuat aku terkulai layu dengan mata yang kuyu di sofa bagi aku yang mempunyai persepsi negatif dan membosankan mengenai drama Melayu.Tapi bukan semua..

Baru2 ni orang sibuk memperkatakan tentang drama Melayu yang mempunyai rating tinggi iaitu 'Nur Kasih'.Sekarang drama tu dah abes..dan aku TERbaca didalam banyak blog dan akhbar ruangan hiburan tentang pelakon Nur kasih iatu Tiz Zaqyah yang dikecam oleh sebahagian orang yang mempunyai mentaliti lapuk.

Kata mereka..kecewa dengan penampilan Tiz Zaqyah diluar dan didalam drama.Katanya dalam drama watak baik..tapi luar bersosial sana sini.Why should we talk about something silly..? Dah nama pun PELAKON..memang kerja dia berlakon la.Mungkin orang mengharapkan dia menjadi seorang yang 'innocent' seperti dalam drama.Susahlah kalau nak samakan watak dengan karakter pelakon tersebut.Biarkan sahajalah..ataupun lepas ni suruh ustazah betul jer untuk bawakan watak orang baik dalam drama.

Nasib baiklah mat rempit tak mengamuk bila Farid Kamil bukanlah seorang mat rempit sebenar diluar filem.Haha.

Layan ajer cerita Hollywood..dekat luar mereka tetap pompuan sundal.

Terjah..! WTF..??!

No comments: