Wednesday, November 18, 2009

Misai Dan Janggut

Pagi ni aku bercukur lagi walaupun misai dan janggut aku tidaklah panjang mana.Memang seminggu sekali aku akan mencukur misai dan janggut aku.Bukan apa aku tak suka pada bulu2 yang berselerakan di muka aku selain nampak tidak kemas.

Ada kawan2 aku yang menyimpan jambang dan misai sampai penuh bulu kat muka.Umur ada yang sebaya dan lebih kurang aku iaitu 22 tahun..tapi nampak kelihatan lebih tua kerana bulu2 yang bertebaran di muka tu.Aku tak tahulah apa yang menariknya menyimpan jambang atau janggut ataupun misai di usia yang muda ni.

Kalau yang dah berkahwin tu mungkinlah kita faham..bulu2 yang tajam di muka tu mungkin salah satunya digunakan untuk geli2 bersama pasangan.Haha faham2 sudah apa maksud aku..tulis lebih kang jadi blog lucah plak.

Mungkin juga rakan2 aku ni mahu kelihatan seperti orang bekerjaya yang tidak punyai masa lapang untuk bercukur kerana terlalu sibuk.Kalau tak nak potong janggut atau misai pun kasi trim la sikit..ini beterabur jer.Eww..serabut la aku tengok.Kalau bulu yang nampak kat orang pun susah nak jaga..bulu lain yang tersorok entah2 dah jadi hutan hujan tropika.

Haha.

No comments: