
Tapi filem 'Punk In Love' walaupun filemnya dilatari oleh sekumpulan anak muda dalam scenes muzik punk tapi kurang memperkatakan tentang ideologi Punk dan muziknya.Sebaliknya hanya kisah cinta dan pengembaraan sekumpulan anak muda dari kampung ke kota Jakarta untuk mengejar cinta sahabat mereka Arok pada Maia (nama watak dalam filem ini).
Mungkin fesyen Punk dalam filem ini sekadar penarik penonton ke pawagam kerana hampir tidak memfokuskan pada sikap dan ideologi anak muda dalam scenes Punk.Tidak seperti filem dari Hollywood seperti Suburbia..Jurassic Punk..American History X dan sebagainya.Namun Punk In Love tetap sebuah karya yang baik terutamanya dalam menonjolkan semangat setiakawan.Malah dalam satu situasi mereka terpaksa menyanyi lagu dangdut untuk mencari sedikit wang.
Rasanya belum ada pengarah Malaysia yang berani untuk mengangkat tema anak muda ke layar besar..kalau adapun kisah anak muda yang kaya raya..budak kolej..esklusif dan sebagainya.Dan yang bawa watak anak muda pun pelakon tua yang terkinja berlagak macam anak muda.
Trailer 'Punk In Love'

No comments:
Post a Comment