Sunday, December 20, 2009

Politik Hiburan

(From Obefiend.blogspot.com)

Ahli perlimen Kebinatangan..ehh silap dari Kinabatangan iaitu Dato' Bung Mokhtar Raden disahkan kawen dengan Zizie Ezette.Who the f*ck is Zizie Ezette..? (aku tahu sebenarnya..saja nak menunjukkan yang aku tidak berminat dengan cerita artis tempatan).Ini cerita aku tahu dari blog2 yang aku baca.

Dato' Bung Mokhtar ni aku kenal sebab aku suka tengok sidang parlimen..dan aku suka bila dia dah start kecoh terutama bila pertikaman lidah antara dia dan pembangkang berlaku.Masalahnya sekarang kecoh cerita antara perkahwinan beliau dengan aktres tempatan tersebut.Nampak gayanya ahli politik pun akan dikejar oleh paparazzai wannabe di Malaysia.Apa sudah jadi..? Ahli politik yang sepatutnya berbakti pada rakyat pun ceritanya sudah boleh disensai dan dijadikan hiburan di Malaysia.

Adakah selepas ini akan keluar gambar Dato Bung Mokhtar tidak berbaju beraksi didalam kolam renang dalam muka depan majalah mangga..? Biarkan wartawan sensasi..terukan berkhidmat sebagai ahli parlimen berbakti untuk rakyat.Ahli parlimen bukan artis..

P/s : Aku sangat geli dengan majalah Mangga tapi aku tetap suka bila bung Mokhtar bersuara.Haha.


No comments: