Tuesday, December 15, 2009

Polis Penakut..?

Hari ni aku baca dalam Utusan online mengenai ahli Parlimen Padang Serai iaitu N Gobalakrishnan yang dijatuhkan hukuman kerana menakutkan pegawai polis.Berikut ialah petikan dari artikel tersebut :

SHAH ALAM 16. Dis - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan didenda RM1000 atau penjara tujuh minggu oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menakutkan pegawai polis dalam satu perhimpunan haram di depan sebuah kuil dua tahun lalu.

Turut dikenakan hukuman yang sama ialah seorang mekanik yang juga terlibat dalam perhimpunan tersebut, B. Varatharaju, 34.

Daripada 69 yang didakwa, kini tinggal sembilan yang masih dibicara atas tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram itu. - Utusan (LINK)

Masalahnya sekarang..setakat orang biasa macam Gobalakrishnan tu pun bleh menakutkan polis ker..? Bukannya samseng besar pun dia tu..sekali jentik telur dia menjeritlah tu.Dan lagi..bukan rakyat biasa ke yang patut takutkan polis yang kadangkala lebih samseng dari samseng sendiri.

Tapi apapun sikap takut pada polis itu masih penting untuk membanteras jenayah yang tak sudah2 memeningkan kepala abang2 polis.Terima Kasih encik polis. (aku takut ISA sebenarnya)



No comments: