Monday, December 21, 2009

Filem Krismas Filem Raya

Malam tadi aku menonton dvd 'Four Christmases' yang dibeli di uptown Damansara.Sejak dari kecik aku memang suka menonton filem2 bertemakan hari krismas seperti Home Alone.Kadang2 hari raya pun aku boleh bantai layan cerita krismas.Bila makcik2 aku nangis sebab sedih dengan cerita Melayu yang sedih..aku bergelak ketawa dengan filem krismas.

Terimalah dengan hati yang terbuka..sebab bagi aku filem bertemakan hari krismas lebih meriah berbanding drama hari raya yang sedih dengan lagu yang biasanya berlatarbelakangkan lagu Arwah Dato' Sudirman Hj Arshad..walaupun dalam Islam kita dituntut untuk bergembira pada hari raya.

Bila ditanya..pengarah2 drama sedih ni kata dengan air mata kita akan lebih peka dan sensitif pada hubungan kekeluargaan.Realiti kehidupan begitulah dalam budaya masyarakat Melayu ada yang dilupakan semasa Hari Raya.Maka diwujudkan drama sedih seperti itu kononnya untuk kita menghargai hubungan kekeluargaan.Mungkin kita dah terbiasa dengan lawak bodoh artis2 kita menjelang raya..maka kita fikir kita tidak boleh menyelitkan isu2 kekeluargaan dalam drama atau filem yang humor.

Lihat sahaja filem Home Alone (1,2 atau 3) dalam filem komedi/humor dan santai pun kita boleh tangkap mesej kekeluargaan yang cuba diterapkan kan..? Jarang kita melihat filem krismas yang sedih sebaliknya banyak filem yang humor dan meriah tetapi mereka masih boleh menyelitkan mesej kekeluargaan.Dalam filem 'four christmases' watak Brad ( Vince Vaughn ) dan Kate ( Reese Witherspoon ) sering mengelak menyambut krismas bersama keluarga kerana kekurangan keluarga masing2 namun terpaksa melakukan juga apabila penerbangan mereka dibatalkan.

Semasa itulah mereka belajar untuk menghargai keluarga masing2 walau bagaimana menjengkelkan pun perangai mereka.Filem ini kelakar dan biasanya kita dapat menangkap mesej dalam filem humor lebih senang dari drama yang berat.Apa dengan drama air mata perangai segelintir orang Melayu yang suka melupakan ibubapa akan berubah..?

Wajah ibu yang sentiasa menangis di hari raya kerana anak2nya yang durhaka.Haha.

1 comment:

zuliana_me said...

hAHA.. Sesangat la betul... Yang post pasal indo-malaysia gado pun best gak. Kesengalan masing-masing.