Thursday, December 24, 2009

Hobi Cari Hantu.Aktivit Paranormal..?

Tahun 2005 adalah tahun dimana aku pertama kali menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi.Hobi aku semasa di IPT adalah bermain skateboard sebab aku kaki bangku tak tau main bola.Kalau aku main bola atau futsal pun mesti memalukan gila.

Selain tu waktu tersebut di TV banyak program Paranormal Skuad seperti Entiti dan antara individu terkenal waktu tu adalah Uncle Seekers.Selain tu pengaruh geng cari hantu atau nama stailonya Paranormal Skuad di Indonesia pun mendapat sambutan.Semua kawan2 aku sibuk buat geng memandu malam2 menjejak aktiviti cari hantu.Waktu tu aku pun rajin ikut sebab nak tengok hantu live.

Biasanya port aku dan rakan2 adalah di Bukit Tunku atau kubur Cina.Memang excited nak tengok hantu secara live.Biasanya kalau orang kata aktiviti tu tidak berfaedah..kami akan bagi jawapan penuh ilmiah pada orang yang bangkang tu seperti 'alah tak salah pun kita cari hantu..sekurangnya kitorang dapat bukti bahawa alam ghaib tu wujud dan boleh menambahkna keimanan' (kononnya).Maka ramailah yang pakai t-shirt gelap bawa lampu suluh.

Tapi tu dulu..zaman aku tak matang.Tapi sekarang WTF..??! Bagi aku aktiviti tersebut adalah sia2 dan mengarut.Kenapa tak gunakan sahaja waktu malam untuk mencari hantu tu dengan mencari keredhaan tuhan..? Perlu ke nak nampak hantu baru nak mempercayai kewujudan alam ghaib..? Nampaknya orang sekarang lebih suka mencari setan dari benda baik.Mereka tu hanya sekumpulan manusia yang suka tunjuk berani dan mencari perhatian orang lain.Waktu itu la kita akan lihat ramai 'geek' dan 'nerd' yang tunjuk berani in front of the others.Diharapkan ada orang menyanjungi mereka selepas itu la kan..?

Ghost searcher is just another puppet for those stupid young generation.Tersekat minda bangsa Melayu selagi kita masih suka dibuai alam2 khayalan dan kisah2 dongengan.Alam ghaib harus dipercayai tanpa sebarang rasa ragu2..tidak perlu melihat baru nak percaya.

Pernah rasa hidup dengan makhluk halus mcm aku..? such a burden experiences..then stop such a nonsense/nerdy activities.

Mengaji ilmu agama lagi bagus.Hati pun tenang..jiwa tak kacau.

U can't expext that u'll see a vampire as cute as Robert Pattinson AKA Edward Cullen.
Believe me..they're ugly as hell..!


No comments: