Aku rasa bengang bila jalan aku dihalang oleh sepasukan polis trafik kerana mahu memberikan laluan pada VIP sebab aku tak suka dihalang secara kereknya.Walaupun begitu aku juga kadang2 berangan alangkah indahnya kalau kereta satria Neo standard aku juga diiringi oleh polis trafik..boleh aku buat muka bangga pada pemandu2 lain dijalanraya.
Lebih best lagi kalau polis yang mengiringi kereta aku tu adalah terdiri daripada polis2 trafik yang comel dan ayu walaupun hakikatnya mana ada polis trafik yang ayu dan bersopan santun macam dalam drama roda2 Kuala Lumpur tu.
Kalau tak ada motosikal yang berkuasa tinggi untuk eskot aku..memadailah dengan motor dibawah.Sekurang2nya aku masih boleh buat muka bangga dan kerek..sekerek muka brader2 besar tiga line dengan beg silang dipinggang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nnt aku soh ajak bdk2 skola konvoi berbasikal eskot ko bro... haha
Post a Comment