Sunday, December 27, 2009

Punk In Love

Semalam aku menonton sebuah filem dari Indonesia bertajuk 'Punk In Love'.Teringat aku pada sebuah karya tempatan yang dibikin tidak lama dahulu iaitu 'Dari Jemapoh Ke Manchester' dan ada sebuah lagi karya tempatan yang tidak berapa aku ingat namanya..juga bertemakan ideologi muzik dan sikap memberontak anak muda.

Tapi filem 'Punk In Love' walaupun filemnya dilatari oleh sekumpulan anak muda dalam scenes muzik punk tapi kurang memperkatakan tentang ideologi Punk dan muziknya.Sebaliknya hanya kisah cinta dan pengembaraan sekumpulan anak muda dari kampung ke kota Jakarta untuk mengejar cinta sahabat mereka Arok pada Maia (nama watak dalam filem ini).

Mungkin fesyen Punk dalam filem ini sekadar penarik penonton ke pawagam kerana hampir tidak memfokuskan pada sikap dan ideologi anak muda dalam scenes Punk.Tidak seperti filem dari Hollywood seperti Suburbia..Jurassic Punk..American History X dan sebagainya.Namun Punk In Love tetap sebuah karya yang baik terutamanya dalam menonjolkan semangat setiakawan.Malah dalam satu situasi mereka terpaksa menyanyi lagu dangdut untuk mencari sedikit wang.

Rasanya belum ada pengarah Malaysia yang berani untuk mengangkat tema anak muda ke layar besar..kalau adapun kisah anak muda yang kaya raya..budak kolej..esklusif dan sebagainya.Dan yang bawa watak anak muda pun pelakon tua yang terkinja berlagak macam anak muda.

Trailer 'Punk In Love'


Thursday, December 24, 2009

Hobi Cari Hantu.Aktivit Paranormal..?

Tahun 2005 adalah tahun dimana aku pertama kali menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi.Hobi aku semasa di IPT adalah bermain skateboard sebab aku kaki bangku tak tau main bola.Kalau aku main bola atau futsal pun mesti memalukan gila.

Selain tu waktu tersebut di TV banyak program Paranormal Skuad seperti Entiti dan antara individu terkenal waktu tu adalah Uncle Seekers.Selain tu pengaruh geng cari hantu atau nama stailonya Paranormal Skuad di Indonesia pun mendapat sambutan.Semua kawan2 aku sibuk buat geng memandu malam2 menjejak aktiviti cari hantu.Waktu tu aku pun rajin ikut sebab nak tengok hantu live.

Biasanya port aku dan rakan2 adalah di Bukit Tunku atau kubur Cina.Memang excited nak tengok hantu secara live.Biasanya kalau orang kata aktiviti tu tidak berfaedah..kami akan bagi jawapan penuh ilmiah pada orang yang bangkang tu seperti 'alah tak salah pun kita cari hantu..sekurangnya kitorang dapat bukti bahawa alam ghaib tu wujud dan boleh menambahkna keimanan' (kononnya).Maka ramailah yang pakai t-shirt gelap bawa lampu suluh.

Tapi tu dulu..zaman aku tak matang.Tapi sekarang WTF..??! Bagi aku aktiviti tersebut adalah sia2 dan mengarut.Kenapa tak gunakan sahaja waktu malam untuk mencari hantu tu dengan mencari keredhaan tuhan..? Perlu ke nak nampak hantu baru nak mempercayai kewujudan alam ghaib..? Nampaknya orang sekarang lebih suka mencari setan dari benda baik.Mereka tu hanya sekumpulan manusia yang suka tunjuk berani dan mencari perhatian orang lain.Waktu itu la kita akan lihat ramai 'geek' dan 'nerd' yang tunjuk berani in front of the others.Diharapkan ada orang menyanjungi mereka selepas itu la kan..?

Ghost searcher is just another puppet for those stupid young generation.Tersekat minda bangsa Melayu selagi kita masih suka dibuai alam2 khayalan dan kisah2 dongengan.Alam ghaib harus dipercayai tanpa sebarang rasa ragu2..tidak perlu melihat baru nak percaya.

Pernah rasa hidup dengan makhluk halus mcm aku..? such a burden experiences..then stop such a nonsense/nerdy activities.

Mengaji ilmu agama lagi bagus.Hati pun tenang..jiwa tak kacau.

U can't expext that u'll see a vampire as cute as Robert Pattinson AKA Edward Cullen.
Believe me..they're ugly as hell..!


Wednesday, December 23, 2009

Cheerleader

Girls in cheerleader r hot n cool (20% of the times..80% not)


But..they ain't.Shemale otw..

Piratesmalaysiacheerleadingsquad.blogspot.com


Yu Dum Fok

Semalam aku menonton dvd movie bertajuk Van Wilder : Freshman Year.

Seperti biasa..teen movie dari hollywood tidak pernah dan jarang mengecewakan aku.Malah banyak menceria dan memberi inspirasi pada aku.Tidak seperti teen movie dari Malaysia yang entah apa2 seperti....apa ha..? sembilu 2005 kot.Dari American Pie sampai yang ada skang..best.

Yang best pasal filem ni ialah ada satu watak student dari China tu..nama dia ialah 'Yu Dum Fok'.Sumpah kelakar dan lucah nama dia..Haha.

Yu Dum Fok di kiri sekali.

Dan watak Corporal Kaitlin Hays dalam filem ini sangat hot dan cool..

Mengingatkan aku pada watak kapten Trudy Chacon yang sungguh cool yang dibawakan oleh Michelle Rodriguez dalam filem Avatar.


Monday, December 21, 2009

Bella Swan

Aku sangat suka dengan watak Kristen Stewart sebagai Bella Swan dalam Twillight yang dark.Tapi untuk mempunyai gf/teman hidup seperti Bella Swan itu di alam realiti aku tak mahu kerana aku tak suka gf aku sentiasa dalam keadaan depressed dan dark.Aku mahu gf yang ceria dan bukan kelihatan menakutkan.

(Anaz : Do whatever u want hun..im ur dirty slaves)

Kadang2 wataknya yang dark mengingatkan aku pada anak patung Chucky yang aku sentiasa mahukan diwaktu kecil namun tidak dijual di Toy's r Us.Anyone should giv me on my birthday and i'll love you till death.Aku suka anak patung yang kejam..suka mencarut dan tidak berperikemanusiaan.It's kinda cute..Hahaha..!

Cerita New Moon sangat best tapi watak vampirenya kelihatan agak gay.

kuikuikui..

Filem Krismas Filem Raya

Malam tadi aku menonton dvd 'Four Christmases' yang dibeli di uptown Damansara.Sejak dari kecik aku memang suka menonton filem2 bertemakan hari krismas seperti Home Alone.Kadang2 hari raya pun aku boleh bantai layan cerita krismas.Bila makcik2 aku nangis sebab sedih dengan cerita Melayu yang sedih..aku bergelak ketawa dengan filem krismas.

Terimalah dengan hati yang terbuka..sebab bagi aku filem bertemakan hari krismas lebih meriah berbanding drama hari raya yang sedih dengan lagu yang biasanya berlatarbelakangkan lagu Arwah Dato' Sudirman Hj Arshad..walaupun dalam Islam kita dituntut untuk bergembira pada hari raya.

Bila ditanya..pengarah2 drama sedih ni kata dengan air mata kita akan lebih peka dan sensitif pada hubungan kekeluargaan.Realiti kehidupan begitulah dalam budaya masyarakat Melayu ada yang dilupakan semasa Hari Raya.Maka diwujudkan drama sedih seperti itu kononnya untuk kita menghargai hubungan kekeluargaan.Mungkin kita dah terbiasa dengan lawak bodoh artis2 kita menjelang raya..maka kita fikir kita tidak boleh menyelitkan isu2 kekeluargaan dalam drama atau filem yang humor.

Lihat sahaja filem Home Alone (1,2 atau 3) dalam filem komedi/humor dan santai pun kita boleh tangkap mesej kekeluargaan yang cuba diterapkan kan..? Jarang kita melihat filem krismas yang sedih sebaliknya banyak filem yang humor dan meriah tetapi mereka masih boleh menyelitkan mesej kekeluargaan.Dalam filem 'four christmases' watak Brad ( Vince Vaughn ) dan Kate ( Reese Witherspoon ) sering mengelak menyambut krismas bersama keluarga kerana kekurangan keluarga masing2 namun terpaksa melakukan juga apabila penerbangan mereka dibatalkan.

Semasa itulah mereka belajar untuk menghargai keluarga masing2 walau bagaimana menjengkelkan pun perangai mereka.Filem ini kelakar dan biasanya kita dapat menangkap mesej dalam filem humor lebih senang dari drama yang berat.Apa dengan drama air mata perangai segelintir orang Melayu yang suka melupakan ibubapa akan berubah..?

Wajah ibu yang sentiasa menangis di hari raya kerana anak2nya yang durhaka.Haha.

Sunday, December 20, 2009

Salah Siapa..?

Kalau tak nampak sila klik untuk besarkan

Komen diatas aku dapat dari sebuah blog yang agak panas dalam membicarakan hubungan Indonesia-Malaysia.Komentar anonymous di atas aku percaya adalah datangnya dari Indonesia.
Kata orang yang meninggalkan komentar itu tentang rakyat Malaysia ialah :

"Selera muziknya aja kekampungan..sampai bertebaran muzik indo di TV Malaysia lagi.Orang Indo muziknya selalu dikagumi dan kreatif tidak seperti muzik Malaysia".

Aku terjemahkan kepada bahasa yang lebih mudah difahami untuk korang semua.Yang tersiratnya adalah..di blog itu rakyat Malaysia mengutuk dan mencaci rakyat Indonesia dan rakyat Indonesia itu membalas..jika Indonesia tidak bagus mengapa muzik dan drama Indonesia mendapat permintaan tinggi di Malaysia..?

Salah siapa..? Sebelum ini agak ramai termasuk artis negara ini yang marah apabila terlampau banyak lambakan drama seberang ke negara ini.Tidak perlu menjerit kerana adakah syarikat TV dan Radio swasta mendengar keluhan ini..? Apa yang penting adalah keuntungan mereka2 yang rakus tanpa perasaan sensitif.Rakyat Malaysia yang kekampungan sendiri ramai menyokong muzik mereka kan.

Jadi perlukah kita salahkan komentar sahabat dari Indonesia kita diatas.Salah sendiri..

Buat Radio dan TV swasta..terus agungkan karya seberang dan biarkan mereka fikir karya merekalah yang terbaik.Karya Malaysia ibarat sampah dimata mereka..