Saturday, April 24, 2010

Pelajar Kecewa

Hari ni keluar dalam suratkhabar seorang pelajar cuba membunuh diri sebab kena ejek sama kengkawan dia sebab cinta ditolak. Haha bapak kelakar dowh.. Budak ni tak dapat menerima kekecewaan agaknya. (LINK)

Aku pun penah kena reject pastu aku selalu tengok kawan2 aku kena reject. Diorang bukan setakat ejek aku, siap gelakkan lagi pastu main gitar lagu jiwang depan muka aku. Dah abes main gitar diorang sambung gelakkan aku. aku cool ajer..? siap gelak sekali lak tuh.

Budak ni muda lagi baru tingkatan 2. Hadoi la dik..muda lagi jangan nak frust menonggeng. Kau ni mesti banyak dengar lagu scoin, data, spoon, span dsb lah ni.. tu pasal frust gila babas sampai nak terjun dari balkoni sekolah.. Masa masih panjang.. haha cerita budak ni sangat kelakar dowh. Lepas ni ko akan lagi malu la.

Thursday, April 22, 2010

Super Annoying

Lady Gaga..Ini bagi aku sangat annoying..


Ini pulak bagi aku super annoying


Tapi ini agak comel..semua gambar sama tapi membawa perspektif berbeza

Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Valentine..!

Sempena hari kekasih pada hari ini iaitu 14 Februari aku ingin mengucapkan selamat hari kekasih pada semua anak2 muda berbangsa Melayu.Happy valentine day..!!



Ohh diatas adalah paderi Saint Valentine yang kalian sanjungi.Dibawah ini pula salah satu hadiah sempena Valentine day.

P/s : Jauhilah kamu dari sesuatu perkara yang akan menyebabkan akidah kamu terpesong.Antara yang ditakuti oleh musuh2 kita adalah kekuatan akidah tauhid dan ummah..!!

Wednesday, January 13, 2010

Mamak Hilang

Semalam dalam harian metro ada tulis tentang kehilangan 39,046 warga India di Malaysia.Malah Dato Seri '1Malaysia' Najib Razak turut mengulas tentang perkara ini.Katanya ;

"Kami tidak tahu di mana mereka berada sekarang... kemungkinan masih di Malaysia atas alasan ekonomi," katanya dalam temu bual dengan wartawan India yang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini, semalam.

Masih lagi kenyataan 1Mesia yang cukup mengarut dikeluarkan oleh seorang menteri kerajaan 1Malaysia.Lebih baik aku sahaja yang menjadi Menteri 1Mesia kerana aku tidak pening memikirkan dimana warga India ini berada.Dalam masa tidak sampai sehari aku sudah berjaya mengesan dimana warga India ini berada.

Foto mereka telah berjaya dirakamkan oleh aku yang menggunakan nama samaran 'Majidol Akmal Botak'.



P/s : Terer tak aku..?

Tuesday, January 12, 2010

Ultraman Negeri Terengganu

Siapa menteri besar Terengganu sebenarnya..?


Aku tahu siapa dia sebenarnya..dia adalah seorang Ultraman.


Mana aku tahu..? Buktinya dia yang menjelma sebagai Ultraman la yang telah menyebabkan kemusnahan di stadium negeri Terengganu.


Monday, January 4, 2010

Black Metal Sesat..?

Hari ni aku baca dalam paper Metro kisah seorang remaja yang memuja syaitan kerana terjebak dalam black metal (LINK).Remaja berusia 13 tahun tu kata dia tak percayakan tuhan dan percayakan syaitan.Kenapa kita harus percaya pada kata2 seorang anak hingusan yang cuma berumur 13 tahun..? Aku kenal ramai mat black tapi tak ada pun diorang puja setan..? Ada tu sampai smayang pun tak tinggal.

Mereka bagi aku lebih baik dari anak2 orang kaya dan menteri yang berpeleseran di kelab malam sambil mabuk2.Salah satu ritual anak muda black dalam harian metro tu kata 'Biasanya saya melakukan upacara ini dalam bilik tidur sambil membuka muzik kumpulan Suicide Silent atau Devil Wear Prada.WTF..??

Suicide Silent dan DWP band black..? Bodo la..itu hanyalah band Hardcore yang berirama metal yang speed.Tak ada kena mengena dengan black metal.Kalau kanak2 tersebut mengatakan dengar band Cradle Of Filth mungkin boleh dimaafkan tapi ini..hadoi la.

Tak payah dengar anak muda berumur 13 tahun ni mengarut.Budak skolah memang suka merosakkan scenes dengan kenyataan mengarut.Ptuihh..!! Ohh tau band metal sil khannaz..? Tiap2 minggu aku jumpa vokalis dan gitaris dia smayang jumaat di Masjid Al-Bukhary sebelah Victoria Institution di Bukit Bintang.

Small Kids n media are sometimes Bullshit.

Suicide Silence dan Devil wear Prada.Macam Black Metal ker..??

Dan band dibawah ini baru Black Metal, Old Man Child.Aku minat band ni..jadi apa ada hal..??




Sunday, December 27, 2009

Punk In Love

Semalam aku menonton sebuah filem dari Indonesia bertajuk 'Punk In Love'.Teringat aku pada sebuah karya tempatan yang dibikin tidak lama dahulu iaitu 'Dari Jemapoh Ke Manchester' dan ada sebuah lagi karya tempatan yang tidak berapa aku ingat namanya..juga bertemakan ideologi muzik dan sikap memberontak anak muda.

Tapi filem 'Punk In Love' walaupun filemnya dilatari oleh sekumpulan anak muda dalam scenes muzik punk tapi kurang memperkatakan tentang ideologi Punk dan muziknya.Sebaliknya hanya kisah cinta dan pengembaraan sekumpulan anak muda dari kampung ke kota Jakarta untuk mengejar cinta sahabat mereka Arok pada Maia (nama watak dalam filem ini).

Mungkin fesyen Punk dalam filem ini sekadar penarik penonton ke pawagam kerana hampir tidak memfokuskan pada sikap dan ideologi anak muda dalam scenes Punk.Tidak seperti filem dari Hollywood seperti Suburbia..Jurassic Punk..American History X dan sebagainya.Namun Punk In Love tetap sebuah karya yang baik terutamanya dalam menonjolkan semangat setiakawan.Malah dalam satu situasi mereka terpaksa menyanyi lagu dangdut untuk mencari sedikit wang.

Rasanya belum ada pengarah Malaysia yang berani untuk mengangkat tema anak muda ke layar besar..kalau adapun kisah anak muda yang kaya raya..budak kolej..esklusif dan sebagainya.Dan yang bawa watak anak muda pun pelakon tua yang terkinja berlagak macam anak muda.

Trailer 'Punk In Love'